Wednesday, September 24, 2014

Petua Ikat Kasih Sayang




1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar ! dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terlibatt dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan berteng! kar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Suami sebagai ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu solat berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari mak! anan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Tuesday, September 23, 2014

Wanita bergelar isteri dan ibu.





Assalamualaikum wbt.
Kita jumpa cerita ni kat facebook jadi kita copy la untuk dijadikan inspirasi kepada diri ini dan juga isteri di luar sana. Almaklumlah, kita awal-awal kahwin dulu pun noob newby tak tau nak buat apa yang patut. Jadi mulai hari ini marilah sentiasa bermotivasikan diri kita untuk jadi lebih baik untuk keluarga dan agama tercinta! In Sha Allah...


ANAK DAN SUAMI YANG HEBAT DATANG DARI IBU DAN ISTERI YANG HEBAT...


Sebaik suami berangkat ke tempat kerja, saya pula meneruskan pekerjaan saya.Segala kudrat saya tumpahkan untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak, membasuh, mengasuh anak-anak dan sebagainya. Inilah rutin saya.Sudah hampir 4 tahun saya memgang jawatan ini.Dan semakin hari saya sayang akan jawatan ini. Kerana sememangnya jawatan ini sangat mencabar dan memerlukan pengorbanan yang tinggi.Sayalah yang menjadi pengurus, akauntan, kerani, tukang bersih, pengasuh, jururawat, guru..semuanya saya yang lakukan sendirian setelah suami keluar bekerja.
Anak-anak pula adalah rakan sekerja saya. Masing-masing punya kerenah yang perlu saya tangani. Saya akui, adakala merasa kelam kabut juga.Masa juga sangat terhad untuk diri sendiri. Tapi tetap seronok melihat anak-anak membesar depan mata.Segala penat bagai terbang melayang bila melihat keletah anak-anak. Apalagi bila melihat wajah suami ceria kerana makan pakainya siap tersedia.Anak-anak pula sudah siap mandi dan bersih untuk didakap setiap kali pulang kerja.Mungkin hilang kepenatan seharian bekerja barangkali.
Kerana itu saya aturkan jadual untuk diri dan anak-anak.Jadual tidaklah ketat, terpulang yang mana hendak didahulukan melalui kreativiti sendiri.Termasuk mencipta permainan bersama-sama anak2.Agar di merasa "berkawan" di rumah.Agar minda dan pemandangan kecil mereka terangsang dengan pembelajaran baru setiap hari.Insyaallah...
Menjadi ibu dan isteri..


Sebenarnya, sangat seronok menjadi seorang ibu dan isteri.Pengalaman ini sungguh mengujakan bagi seseorang yang bernama wanita.Banyak pahala dan ganjaran yang tidak kita sedar melalui status ini.


Dan yang penting, siapa pun kita, setinggi mana pun ilmu atau jawatan kita, suami dan anak-anak tetap menjadi keutamaan selepas kasih kepada ALLAH SWT dan Rasulullah SAW... Kerana walaupun pada asalnya, kita adalah kaum yang lemah.Tetapi kita masih punya kudrat untuk mencurahkan tenaga sebagai tulang belakang buat suami dan anak-anak.

Kitalah "orang yang hebat itu".Yang menggunakan kudrat yang tidak seberapa bekerja di "belakang tabir. Yang menumpahkan segala kasih sayang dan perhatian untuk orang-orang tersayang.Yang mengorbankan keinginan nafsu setiap hari.Yang besabar dalam melakukan kerja-kerja harian dan kerenah anak-anak.InsyaAllah..

Apalagi kepada ibu-ibu yang bekerja. Mereka keluar sama-sama mencurahkan tenaga bekerja demi membantu suami.Bangun seawal pagi dan pulang sewaktu matahari sudah terbenam. Di rumah pula, ada kerja yang menunggu.Ada kerja yang perlu beres. Ada suami yang perlu dilayan. Ada anak-anak yang perlu diperhatikan.


Sungguh!! Ia sangat memenatkan.Tetapi, kudrat lemah dikuatkan juga. Kadang-kadang mengeluh kepenatan. Adakala menangis sendirian...

Dan kerana itu, saya kagum dengan ibu-ibu ini.......
Ya..ianya tidak mudah.....
Seperti saya, sepanjang masa di rumah.Kerja-kerja saya dapat dibereskan awal. Walaupun tidak bergaji, saya merasa puas. Walaupun mungkin tidak semewah mana, hati tetap merasa gembira.

Saya anggap pencapaian anak-anak dari segi akhlak, pelajaran dan yang penting penerapan nilai-nilai islam kepada diri mereka adalah hadiah buat saya. Dan tentunya ia lebih besar dari gaji yang saya dapat setiap hujung bulan.Meskipun lambat melihat hasilnya, saya tetap menunggu.


Walaupun sebenarnya ini bukanlah eksperimen. Tapi saya ingin melakukan yang terbaik. Itulah azam saya setiap hari.Dan lain-lain itu saya serahkan kepada ALLAH...

'ANAK DAN SUAMI YANG HEBAT DATANG DARI IBU DAN ISTERI YANG HEBAT "
Inilah kata-kata motivasi saya. Saya yakin ianya sesuai untuk ibu dan isteri dalam menentukan pencapaian dalam hidup ini.Kita tidak semestinya perlu menonjolkan diri untuk jadi hebat.Cukup sahaja menjadi orang yang dibelakang tabir.
Moga2 kita menjadi isteri dan ibu yang hebat itu...amin...


Nukilan Puan Haslina Mohamad 


Sunday, September 21, 2014

Perkahwinan



Assalamualaikum..
Izinkan kita mohon maaf terlebih dahulu..


Memang setiap orang impikan perkahwinan yang indah.. yang kekal abadi. Tapi kita memang manusia yang hanya mampu merancang.. selebihnya hanya Allah swt sahaja yang mampu menentukan.

Doa dan tawakal kepada Allah. Itu sahaja yang mampu kita lakukan untuk keharmonian rumahtangga kita kekal sampai bila-bila.

Sejujurnya, kita katakan perkahwinan ni umpama sebuah perjudian hidup. Bergantung juga pada nasib dan rezeki seseorang tu. Ada yang Allah kurniakan mereka pasangan yang baik saling tolong menolong, romantik ada juga yang sebaliknya..





Semua tu Allah yang tentukan.. kita sebagai hambaNya sentiasa lah bersujud dan berdoa kepadaNya. Perjalanan hidup masih panjang.. akan datang kita tak tahu apa yang bakal berlaku.

Ada pasangan yang diduga dengan bermacam-macam ujian dan akhirnya mereka bahagia sampai bila-bila. Ada pasangan yang awal-awal bahagia tapi di duga pula di kemudian hari. Dan lain-lain lagi dugaan perkahwinan yang Allah turunkan. Jadi, sebelum anda anda dan anda mahu mendirikan masjid anda iaitu berkahwin. Fikirlah sedalam-dalamnya sebab tak mahu menyesal nanti dikemudian hari.. Jangan bertindak ikut nafsu dan perasaan. Waktu tu syaitan memang banyak yang menghasut. Istikharah lah selalu minta petunjuk pada Allah swt.


Wife ex-bos kita dulu masa kita nak kahwin dia pesan satu ni kat kita. "Sabar". Itu saja kunci untuk rumahtangga bahagia.. Betul, sabar itu indah. Memang mula-mula nak bersabar tu memang susah sangat, kadang-kadang pun tewas juga tapi harusss sangat tingkatkan kesabaran kita ni di tahap yang paling tinggi.. Allah takkan uji hambaNya jika mereka tak mampu. Jadi, bersabarlah sabariah dan sabarudin sekalian. kekeke.


Selain tu, salinglah improve kan diri masing-masing. Berubahlah menjadi yang terbaik buat pasangan masing-masing. Kalau ada buat salah mengaku kesalahan.. dan sentiasa memberi peluang kepada pasangan untuk berterus terang. Ingatkan tentang tanggungjawab masing masing. Bila bergaduh, salah seorang haruslah mengalah.. Belajarlah memaafkan pasangan kita dan beri dia peluang untuk perbetulkan kesalahannya. Walaupun berat hati untuk berbuat begitu, tapi fikir lah setiap ujian yang Allah beri pasti akan ada hikmah disebalik kejadian.. pasti akan ada ganjaran untuk orang yang bersabar kan. Serahkan semuanya pada Allah, yakin padaNya In Sha Allah DIA takkan pernah kecewakan kita.. 

Selain tu, jaga aurat jaga diri dan jaga pergaulan.. dan simpan lah kemesraan kita hanya untuk kita bukan menjadi tatapan orang lain.. okla, setakat ni tu sajalah yang mampu kita curahkan. Setiap orang dugaan dan ujiannya berbeza, persiapkan lah diri.. dan jangan pernah lupa pada DIA yang satu Allah yang maha mengetahui..

Adios Amigos !

Jahitan




Assalamualaikum..
Sebenonyer lama nak update. Tapi semenjak dah ber anak ni. ahahaha faham-faham la.
Tapi sebab nak share pengalaman jadi ibu ni kan.. kita curi-curi la masa jugak.

Kenapa dengan Oren ?



Oren ni banyak khasiat.

Actually kita pun dapat suggestion dari kawan kita. Lepas bersalin memang potensi kene jahit tu memang 99%. Depends pada orang rasanya. Ada yang deliver normal tapi tak kene gunting or terkoyak ke. hahahaha!

Benda paling seram dan trauma tak hilang lagi ni. kekekekeke.

Kawan kita suggest kan minum Sunquick Orange. sebab, khasiat buah orange ni dapat cepatkan proses menyembuhkan luka jahitan tu.. Kita punya luka tak ingat berapa lama baik tapi kira cepat jugak la dia cantum. Sepanjang luka tu sekali je kita tengok.. lepas tengok kepala berdenyut-denyut. hahahaa

Tapi memang berkesan, nanti siapa-siapa lepas bersalin tu minum la Sunquick Orange Suam. Janganlah minum ais.. air dari peti ais pun cuba elakkan.. TAHAN BEB TAHAN!!! hihi

Bye Jumpa lagi!

Wednesday, September 17, 2014

Permintaan

Bismillahirrahmanirrahim.

Kita meminta hanya pada Allah swt sahaja. Kerana dia yang mampu memberi apa yang kita inginkan.. bukan percaya pada petua orang dulu dulu. Betul, tak ada yang dulu takda la yang baru.. tapi tak semua petua-petua orang lama ni kita boleh guna.. sebaiknya, kita perlu mohon dan minta pada Allah swt lah kan..

Haritu, kita tengok insta kakfynn. Dia ada bagitau yang dia amalkan ayat terakhir surah Ali-imran kat Juna. Jadi, kita google la surah tu.. nak dipraktikkan pada Hanif supaya dia mendengar kata. Jumpa lah doa-doa ni.. jadi tak salah kalau kita kongsi kat korang. Selamat mencuba ya!


  • Ayat 200 Surah Al-Imran.



"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Bacalah ayat ni semasa kita memasak atau hembuskan pada makanan supaya ianya dapat melembutkan hati anak-anak kita.. (boleh guna untuk suami jugak tak ? hihi)



  • Ayat 30-31 Surah An Nam.



"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku degan menyerah diri (beriman dan mematuihi ajaran agama allah)."

Ayat ni untuk anak-anak yang tidak mendengar kata atau tak hormat kepada ibu bapa atau sebagainya. Baca ayat ini dan hembus ke arahnya atau hembus ke muka nya secara berdepan.



  • Surah As-Syura : Ayat 19.


"Allah Maha lembut terhadap hamba-hambanya Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa."

Ayat ni pun untuk anak-anak yang degil tapi boleh juga mohon untuk lain-lain seperti lembutkan hati suami. Bacalah 19 kali tiup dalam minuman atau tiup ke atas ubun-ubun, jika orang itu jauh bacalah selepas solat sebanyak 19 kali dan niatlah kepadanya.


Solat juga jangan lupa, dan semoga amalan kita sentiasa diterima Allah dan diberkati dunia dan di akhirat. In sha allah

Saturday, September 13, 2014

Hari berpantang.

Masuk hari ke 22 berpantang..
Awal awal proses berpantang tu memang totally takde energy.
Dengan sakit berjahit kat buntot tu lagi.
Sakit tetek susu tak keluar-keluar lagi..
Memang dugaan selepas proses beranak ni seksa nya tuhan je yang faham.



Patutla ganjaran tinggi untuk wanita.. and no wonder la Allah gugurkan semua dosa-dosa perempuan selepas bersalin (normal). Mulianya kita di sisi Allah kan.. tapi sayangnya, ada jugak wanita yang pilih untuk tambah dosa lagi lepas bersalin. wallahualam.


Menu pantang, kita request lauk sama je kat ibu kita. Adalah satu hari tu dapat makan Sup Ikan Haruan.. sebab nak proses susu kan. Last-last kene jugak pam.. kalau tak demam bengkak susu la.


Baby so far sihat, tapi tulah sebab campur susu formula untuk dia. Sekarang tengah bagi dia minum Anmum Essential. Memandangkan susu tu dapat Free Sample kan. hahaha! tp ituari, try la rasa.. dua scoop untuk 2oz air pun dah manis susu ni. Tapi berat Hanif tak jugak naik.. mantain aje 3.2kg. So kita decide nak tukar susu la. Mama ani suggestkan S26. Nanti kita tengok macamana ok.. kesian Hanif, asyik tak cukup susu je.. susu mama dia sendiri pun tak dapat banyak eventho hari-hari makan sayur sawi. Makan quaker oat, minum milo.. takpela. kita try je dulu. Kalau dah tak dapat nak fully bf Hanif nak buat macamana kan? Mama redha Hanif, janji Hanif sihat selalu.

jumpa lagi!

Wednesday, September 10, 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah ke hadrat Illahi..
Putera sulung ku selamat dilahirkan dengan berat sebanyak 3.09kg
Estimate awal di klinik kesihatan adalah 2.8kg, lepas last minute checkup estimate berubah jadi 3.09kg. Memang sangat WOW!


Pengalaman bersalin ?

Seram.. tp nak taknak kene hadap. Masa sakit contraction semakin dekat tu la azab dia. Sampai hampir giveup. Itu sebab suami perlu ada di sisi isteri untuk beri semangat. Memang dah nak putus asa.. subhanallah. Allah saja tahu ketika tu. Baru tahu macamtu la perasaan ibu kita semasa lahirkan kita.



Lepas belajar pernafasan menggunakan gas Etonox. Rasa mengantuk nak tido, mujur ada gas tu. contraction datang je cepat-cepat sedut sampai jadi mamai. Lepas Dr pecahkan sendiri air ketuban dan masukkan ubat berak. Makin pendek contraction tu, tapi masa tu rasa nak berak je. Bantuan perasaan nak berak tu jugak la beri semangat nak teran baby keluar sampai Dr sendiri yang gunting 'ehem' kita tu. Lepas je kepala baby, baby keluar laju dengan air ketuban.. Ya Allah, masa tu perasaan lega umpama melepaskan beban yang kita pikul. Terasa kosong perut. Allah saja lah yang memahami nya.. Syukur sangat bila tengok baby cukup sifat sihat dan comel..

Oh, kita bersalin di Hospital Pantai Melaka. Kita suggest kat awak-awak yang nak cari gynea, carilah Dr. Tan Geok Kee. Dia sangat-sangat sporting and support korang yang nak deliver normal.

Ok itu saja. sekian, wabilahitaufiqwalhidayah wasalamualaikum waramatullahiwabarakatuh. hihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis