Monday, September 22, 2014

Sebulan dah!!




Assalamualaikum waramatullahiwabarakatuh!





Iye. harini dah genap sebulan lah Hanif.
Maaflah gambar atas tu gambar throwback.. kihkih hanif belum ready untuk ditonton kepada umum. cewaahh.


Jadi harini bawak hanif checkup sebulan untuk inject Hepatitis B.
Berat dah bertambah 4kg. Cuma tinggi je tambah 1cm dari dia lahir. 54cm je. adeehh.
kepala pun dah besar sikit..
dah pandai pandang ke arah suara yang panggil nama dia. Bila kita bercakap dia da pandai senyum-senyum ketawa ketawa.

Yang macam gelabah sikit bila dia tengah tido tiba-tiba dia menangis sampai teran teran suara. alahai anak, baik la dia pujuk pujuk dah senyap allahuakbar.

Masa kat Klinik Kesihatan Bt Berendam tu, pertama kali la sampai situ. klinik tu siap sediakan tilam untuk bayi kecil. Tak ambil gambar plak tadi, kang orang kata jakon plak kang.. jadi dari kita kendung bayi tu sampai nama kita dipanggil baik kita duduk kat bawah letak baby kat atas tilam. kekeke

Lepas dah checkup diri sendiri jumpa nurse check baby so tunggu untuk jumpa Doktor dah ramai dah orang duduk kat bawah, jadi kita duduk la atas kerusi. Masa tu ada sedih sikit la tengok mak mak yang breastfeed baby sebab hanif sekali je dapat rasa.. mungkin takde rezeki dia kita nak fully breastfeed dia, manalah tahu allah bagi dia rezeki lain kan ?? mungkin jugak kita stress sangat sampai tak dapat fully breasfeed hanif. wallahualam. macam-macam mengganggu fikiran ni. Orang nasihatkan untuk tenang, tapi macamana nak tenang kan. Even pam pun paling banyak susu untuk hanif pun 2oz je. 2oz tu pun amek masa lama sampai sakit sakit belakang ni duduk pam susu. Banyak tu pun macam puas hati sikit tengok hanif minum sampai angkat-angkat kening. Sedap sangat la tu kot. tapi sedih jugak tau, memang niat nak fully bf hanif tapi tak dapat.. redha je la. janji hanif sihat sudahlah kan. alhamdulillah.


Oh, masa kene injection tu.. hanif nangis sekejap je lepastu senyap sambil mengeluh. adoii. kelakar pulak tengok anak sendiri ni tau.. masa nurse tu nak cucukkan jarum kita tak pandang pun. hahahaha memang dasar takut jarum la mama hanif nii.. 

memanglah saya takut jarummmm.. okla arigato! 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis