Monday, September 15, 2014

Kenan.




Assalamualaikum dearest semua! semoga sentiasa dalam peliharaan Allah s.w.t.



kenan not pronoun it as 'keynan' ok..

Kite mula-mula pun tak jangka Hanif akan ada kenan.. lepas walid dia cukurkan rambut and mama irfan kata kat kepala dia ada macam lekuk.. so kami decide la bawak Hanif berubat. Ada sorang nenek ni.. nama dia Nek Toba. Nenek tu memang pandai berubat orang.. tak kira la siapa-siapa, kita tawakkal kan.. usahakan untuk baik. Tapi atas izin Allah jugak kan.


Nenek tu kata, hanif ni kenan bangkai...

hurm.



bila teringatkan, memang ada bangkai tikus kat rumah tu hari.. tapi memang tak tegur, fikir-fikir balik. ada sekali tu tertegur kucing yang mati kat tengah jalan. Uh! kita memang takleh tengok benda mati kat tengah jalan. apalagi kucing, kadang-kadang sampai menagis kenangkan si kucing yang kene langgar. Allahuakbar.


3 hari berturut la bawak hanif jumpa nenek tu. Supaya nenek tu buangkan kenan kat hanif ni.. sekarang alhamdulillah hanif dah jarang la kembung perut. Nenek kata kalau bayi selalu kembung perut tu kemungkinan ada terkena kenan. Tapi kalau kadang-kadang pun ada jugak hanif kembung perut itu mungkin sebab terlalu kenyang kan. Ada petua untuk bayi kembung perut, kita praktikkan and menjadi. Alhamdulillah

Cara dia :

Jungjung baby kita atas kepala kita, pastikan pusat baby tu atas ubun-ubun kepala kita.
Gelek-gelek kan perut dia tu atas ubun kepala kita sambil kita selawat la ke atas Nabi Muhammad saw.
Ulang 3 kali.



Lepas tu baru baby kita terkentut-kentut. haa lega la tu. hihi

Kadang-kadang, ada segelintir orang tak percaya kan benda-benda ghaib macamni. Terutamanya suami. Jangan.. tak percaya pun, kita kene ikthiar jugak nanti yang susah kita dan baby kita. Kenan ni kene buang.. supaya dia tak menyusahkan baby kita bila dia dah besar nanti. Carilah nenek-nenek yang boleh berubatkan kenan.. Ya allah aku mohon semoga ada lagi orang yang boleh berubatkan baby ni. Kita jumpe Nek Toba pun sebab mama irfan tu selalu berubat kat nenek tu. 

Secara umumnya dalam masyarakat melayu kita ni kenan adalah satu kecacatan yang terjadi kepada bayi akibat perbuatan zalim ibu bapa mereka terhadap haiwan haiwan yang melata di muka bumi ini. Sebagai contoh, bapa budak ni suka bunuh ular masa isteri dia mengandung. Sekiranya terkena kenan, maka mungkin anaknya tak boleh belajar berjalan, tapi akan menyusur cam ular. Tapi wallahualam la kan, semua ni pun atas kehendak Allah. Kalau dia yang mengizinkan jadi la, kalau tak tak jadi. Tapi kenan ni pun benda yang kita tak sengaja ataupun yang sengaja. Masa mengandung ni, macam-macam lah kene jaga jugak kan..

Nak tahu lebih pasal kenan baca la kat sini. kang berjela entry dok cite pasal ni je. hahaha

Jumpa lagi! Hanif da meraung ni.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Nineteen Eight Seven 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis